BAHAYA PEMIKIRAN HASAN AL-BANNA DI DALAM KITAB-KITABNYA
BAHAYA PEMIKIRAN HASAN AL-BANNA DI DALAM KITAB-KITABNYA
Best View:
Siapa Hasan al-Banna?
Hasan
al-Banna adalah pengasas pertubuhan “Ikhwanul Muslimin” di Kota
Ismailiyah, Mesir pada tahun 1928M atau pada Zulkaedah 1347H. (Lihat:
al-Mausu’ah al-Muyassarah. Hlm. 23) Manakala jema’ah Ikhwanul Muslimin
adalah mereka yang menjadi pengikut kepelbagaian pemikiran Hasan
al-Banna dan pengikut tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin sesudahnya.
Hasan
al-Banna semoga Allah merahmati dan mengampuninya dilahirkan di kampung
al-Mahmudiyah Mudiriyah al-Buhariyah (Mesir) pada 1324H bersamaan
1906M. (Lihat: an-Nuqtah Fauqal Huruf, hlm. 81 Ust. Ahmad Abdilkarim)
Beliau meningal dunia pada tahun 1368H bersamaan 1949M. Nama penuh
beliau ialah Hassan Bin Ahmad Bin Abdulrahman al-Banna. (Ad-Dakwah
Ilallahi Ta’ala. Hlm. 86. Saied bin Abdulahraman al-Husin) Dialah yang
menjadi Mursyid pertama bagi pertubuhan ini. (Lihat: الجماعة الإسلامية فى ضوء الكتاب والسنة بفخم سلف الأمة dalam tajuk Ikhwanul Muslimin. Salim bin ‘Ied al-Hilali) Memiliki banyak parti, antaranya parti sekular, sosialis dan nasionalis.
Hasan
al-Banna bermati-matian berusaha untuk menyatu-padukan parti-parti
tersebut ke dalam satu jamaah dengan satu nama iaitu “Ikhwanul Muslimin”
(Lihat: Turkh Hasan al-Banna wa-Ahammul Warisin) walaupun beliau
mengetahui akidah setiap golongan yang ingin disatukan ke dalam
jemaah/pertubuhan “Ikhwanul Muslimin” itu saling bertentangan. (Lihat:
al-Majallah as-Salafiyah. Bil. 7 Penjelasan Syeikh Salim bin ‘Ied
al-Hilali (Ulama Jordan))
Antara
slogan dan suara yang batil dalam usaha menyatukan para pengikut
Ikhwanul Muslimin (mewakili Ikhwanul Muslimin) ialah suara yang
diserukan oleh Salman al-Audah (salah seorang pengikut gerakan Ikhwanul
Muslimin masa kini):
نريد وحدة الصف ، لا نريد وحدة الرأي
“Kami
inginkan penyatuan saf (barisan), bukan menyatukan pendapat
(pandangan)”. (Lihat: Fikru at-Takfir Qadiman wa-Hadisan. Hlm. 153 Abdus
Salam bin Salim bin Raja as-Suhaimi)
Malangnya
pertubuhan Ikhwanul Muslimin tidak pernah mencapai matlamatnya untuk
menyatukan barisan atau pemikiran, sebaliknya: “Akhirnya setelah sekian
lama Ikhwanul Muslimin berusaha menggerakkan para ahlinya, mereka hanya
mampu mencetuskan kepelbagaian firqah (pecahan kelompok) yang menyimpang
jauh dari matlamat yang mereka inginkan. Ia berpunca dari perpecahan di
dalam pertubuhan Ikhwanul Muslimin itu sendiri”. (Lihat: (1). at-Tarikh
as-Sirri li Jamaatil Ikhwanil Muslimin. Hlm. 4. (2). al-Qutubiyah Hiyal
Fitnah Fa’rifuha hlm. 76 Ibnu Sultan al-Adnani) Keadaan ini telah
diceritakan oleh Sa’id Hawa (salah seorang tokoh Ikhwanul Muslimin
sendiri):
“Kemuncak
perpecahan telah melanda bahagian dalaman jemaah, semua yang berlaku
tidaklah menghairankan kerana suara-suara protes masuk ke setiap
telinga, juga kerana banyaknya unsur-unsur perpecahan dan unsur-unsur
lain yang membantu, termasuk pengaruh luaran yang terus menekan,
ditambah lagi jaringan organisasi jamaah yang rapuh. Sementara
orang-orang yang bergabung ke dalamnya dari pelbagai kelompok, maka
jamaah tidak mampu menghadapi pelbagai kerenah mereka semuanya”. (Lihat:
Hazihi Tajribati wa-Hazihi Syahadati. Hlm. 34)
Memang
benar apa yang telah difirmankan oleh Allah ‘Azza wa-Jalla, iaitu
apabila sesuatu kaum yang tidak berpegang dengan prinsip al-Quran dan
as-Sunnah pasti akan berpecah-belah sebagaimana firman-Nya:
تَحْسَبُهُمْ جَمِيْعًا وَقُلُوْبُهُمْ شَتَّى ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لاَّ يَعْقِلُوْنَ
“Kamu
sangka mereka itu bersatu sedangkan hati mereka berpecah-belah. Yang
demikian itu kerana sesungguhnya mereka adalah kaum yang tidak
mengerti”. (al-Hasyr, 59: 14)
Sejak
Ikhwanul Muslimin tertubuh, Hasan al-Banna, para tokoh Ikhwanul
Muslimin dan para pengikutnya berusaha untuk menggabungkan antara Qibti
(orang-orang Kristian/Nasara Mesir yang jelas kafirnya) dengan jamaah
Ikhwanul Muslimin, sedangkan menyatukan orang Islam dengan orang kafir
telah dilarang oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam agar
seseorang muslim tidak menjadi seperti mereka. Baginda bersabda:
مَنْ جَامَعَ الْمُشْرِكَ وَسَكَنَ مَعَهُ فَإِنَّهُ مِثْلُهُ
“Barangsiapa
yang bergabung dengan orang musyrik dan tinggal bersamanya, maka dia
seperti musyrik tersebut”. (Hadis Riwayat Abu Daud 2787)
Sebelum
membentuk Jamaah Ikhwanul Muslimin, Hasan al-Banna telah membaiah
dengan cara sufi yang disebutnya sendiri di dalam kitabnya “Muzakkirat
Daiyah”. Ia membaiah Syeikh Hasafiyah, setelah itu membentuk Ikhwanul
Muslimin dan mengadopsi manhajnya ke dalam jamaahnya. Bahkan istilah
“Mursyidul Am” yang menjadi gelaran Hasan al-Banna diambil dari istilah
sufi yang bererti “Wali Yang Sempurna”. (Lihat: Hasan al-Banna Seorang
Teroris? Hlm. 23 Ayyad asy-Syamari)
Melalui
berbagai fakta yang boleh dijadikan hujah, telah menunjukkan bahawa
para pemimpin dan para pembesar (tokoh-tokoh utama) Ikhwanul Muslimin
kebanyakan mereka berakidah Asy’ariyah bersadur sufiyah, malah Hasan
al-Banna sendiri berakidah Asy’ariyah dan menganut tariqat sufiyah
al-Hasafiyah (Lihat: Fikru Takfir Qadiman wa-Hadisan hlm. 151 Raja
as-Suhaimi) kuburiyah yang dipenuhi dengan berbagai-bagai zikir dan
tawassul yang bid’ah, syirik, khurafat, tahaiyul, kemungkaran dan
kesesatan. Pejuang sufi seperti ini bagaimana boleh dianggap sebagai
tokoh penyumbang kepada kebangkitan tajdid?
Lihat dan fikirkanlah terhadap kepelbagaian pemikiran dan pegangan Hasan al-Banna dalam perjuangannya.
Pemikiran Hasan al-Banna Yang Berbahaya Di Dalam Kitab-Kitabnya dan Kitab-Kitab Milik Ikhwanul Muslimin Serta Pengikutnya
Terdapat
pelbagai bentuk pemikiran yang menyeleweng yang berupa bid’ah,
kesyirikan, dan khurafat di dalam aqidah/pegangan dan dakwah/pemikiran
Hasan al-Banna. Segalanya telah dibongkar oleh antaranya adalah Syeikh
Abu Ibrahim bin Sultan al-‘Adnani, beliau menerangkan di dalam bukunya: “Terdapat pelbagai penyimpangan manhaj dan akidah yang telah disemai dan disuburkan di dalam manhaj Ikhwanul Muslimin”. (Lihat: at-Tarikh as-Sirri Lijama’atil Ikhwan Muslimin Hiyal Fitnah. Fa’rifuha.Hlm. 76 Abu Ibrahim Bin Sultan al’Adnani) Antaranya contoh yang boleh diketengahkan ialah slogan: “Kita
tolong-menolong dalam perkara yang kita sepakati dan saling memaafkan
(mutual respect) terhadap perkara yang kita berselisih padanya”. (Lihat: Dakwahtul Ikhwanul Muslimin Fii Mizanil Islam hlm 206)
Dalam
Hal ini, Sheikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah (Ketua Mufti Saudi
Arabia) dan Sheikh al-Muhaddith Abdul Muhsin bin Abbad al-Badr telah
mengeluarkan fatwa:
Menurut fatwa sheikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah terhadap slogan Ikhwanul Muslimin ini: “Ya
benar, wajib saling tolong menolong dalam perkara kebenaran yang
disepakati, menyeru kepadanya dan memperingatkan ummah dari segala yang
ditegah oleh Allah dan Rasulnya. Adapun bertolong-tolongan dalam perkara
yang diperselisihkan maka tidak dibenarkan secara mutlak malah perlu
diteliti jika perkara tersebut dalam persoalan ijtihadiyah yang tidak
ada dalilnya secara jelas, maka tidak boleh antara kita saling
mengingkarinya. Tetapi apabila perkara tersebut jelas bertentangan
dengan nas al-Quran dan as-Sunnah (akidah), maka wajib ditentang dengan
hikmah, nasihat dan berbincang dengan baik”. (Lihat: Majmu’ Fatawa Ibn Bazz 3/58-59)
Syeikh al-Muhaddith Abdul Muhsin Abbad membidas slogan ini: “Sudah
sewajarnya bagi para pengikut (al-Banna) meninggalkan slogan ini yang
berjuang agar bertoleransi terhadap kelompok-kelompok sesat, malah yang
paling sesat seperti Syiah Rafidhah. Hendaklah memberi penumpuan untuk
menerapkan kaedah “Cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah. Atau
wala’ kerana Allah dan bara’ kerana Allah” yang tidak ada ruang
bertoleransi bagi orang-orang yang menyeleweng lagi sesat dalam perkara
yang menyalahi Ahli Sunnah wal-Jamaah”. (Lihat: Zajrul Mutahawin. Hlm. 8)
Hasan al-Banna membuat pengakuan tentang manhaj dakwahnya yang sebenar: “Sesungguhnya
dakwah Ikhwanul Muslimin adalah dakwah Salafiyah, mengikut sunnah
(tetapi) hakikatnya sufiyah dengan berdasarkan gaya politik”. (Lihat: Majmu’ah ar-Rasail al-Imam al-Banna, hlm. 122. Lihat: Nadarat fil Manhaj Ikhwanul Muslimin hlm. 27) Para ulama Salaf as-Soleh mengingkari uslub dakwah seperti ini kerana mencampurkan yang hak dengan yang batil. Hasan al-Banna menjelaskan lagi tentang uslub dakwahnya: “Pendirian kami dalam membentuk dakwah di negeri ini (Mesir), adalah dakwah diniyah (berdakwah) kepada persatuan, ekonomi dan politik”. (Lihat: Muzakkirati ad-Dakwah wa-Daiyah, hlm. 307) Ingatlah, “Tiada
seorang nabi atau rasul yang diutus mengutamakan dakwah mereka dengan
ekonomi, falsafah, muzik atau politik, tetapi dengan akidah!”, (Lihat: Hakikatu ad-Dakwah Ilallah. Saied Abdulrahman al-Husin. Hlm 24)
Akibat
dari metode dakwah dan penyelewengan akidah Hasan al-Banna, para tokoh
Ikhwanul Muslimin membiarkan syirik besar di kuburan yang dikeramatkan,
nazar untuk orang mati, menyembelih atas nama arwah, berdoa kepada
selain Allah dan sebagainya. Buktinya: “Hasan al-Banna sering berkuliah di markas kesyirikan terbesar di Mesir iaitu di kubur Syaidah Zainab”.
(Lihat: al-Maurid al-Azb az-Zilal Fima Inqad ‘ala Ba’di al-Manahij ad
Daiyah Minal ‘Aqaid wal-‘Amal, bab 10. Dan lihat: Qafilah al-Ikhwanul
Muslimin. Oleh Abbas as-Sisi), Malah hal ini diakui sendiri oleh
kebanyakan pengikut tarekat masa kini yang menjadikan kuburan sebagai
tempat-tempat mendapatkan keramat dan berkat. Beliau tidak pernah
menegur perbuatan syirik besar di kuburan Syaidah Zainab seperti membina
bangunan di atas kuburan, tawaf, istighasah, menyembelih, bernazar,
berzikir dan berdoa kepada kubur. Ibnu Sultan al-‘Adnani menjelaskan lagi:
“Akhirnya setelah sekian lama Ikhwanul Muslimin berusaha menggerakkan
para ahlinya, mereka hanya mampu mencetuskan pelbagai firqah (kelompok)
yang menyimpang jauh dari matlamat yang mereka inginkan. Ia berpunca
dari perpecahan di dalam pertubuhan Ikhwanul Muslimin itu sendiri”. (Lihat:
(1). at-Tarikh as-Sirri li Jamaatil Ikhwanil Muslimin. Hlm. 4. (2).
al-Qutubiyah Hiyal Fitnah Fa’rifuha hlm. 76 Ibnu Sultan al-Adnani)
Hasan al-Banna berusaha menggabungkan/menyatukan gerakan Kristian dengan Ikhwanul Muslimin, sedangkan Rasulullah bersabda: “Barangsiapa yang bergabung dengan orang musyrik dan tinggal bersamanya, maka dia seperti musyrik tersebut”. (H/R Abu Daud 2787)
Ada yang beralasan dengan kenyataan Dr. Yusuf al-Qaradhawi: “Di
Mesir justeru Hasan al-Banna dan pengikutnya dituduh sebagai
Wahhabi-Salafi, yang mengingkari kaum sufi dalam banyak perkara seperti
pemikiran-pemikiran dan zikir-zikir yang dianggap bid’ah dan sesat”. (Lihat: Yusuf al-Qaradhawi 70 tahun al-Ikhwan al-Muslimin. Hlm. 312)
Menurut al-Qaradhawi lagi:
“Hasan al-Banna hingga akhir hayatnya tidak pernah bergabung secara
rasmi dengan al-Hasafiyah. Ia sekadar simpatisan (muhibbun)”.
(Lihat: Al-Ikhwan Al-Muslimun Anugerah Allah Yang Terzalimi. 173. Farid
Nu’man. Edisi Lengkap. Pustaka Nauka. Cetakan 1. August, 2003)
Kenyataan ini al-Qaradhawi tersebut telah tertolak dengan fakta berikut: “Hasan
al-Banna telah membaiah dengan cara sufi yang disebutnya sendiri di
dalam kitabnya “Muzakkirat Daiyah”. Ia membaiah Syeikh Hasafiyah,
setelah itu membentuk Ikhwanul Muslimin dan meng-adaptasi
pemikiran/manhajnya ke dalam jamaahnya. Bahkan istilah “Mursyidul Am”
yang menjadi gelaran Hasan al-Banna diambil dari istilah sufi yang
bererti “Wali Yang Sempurna”. (Hasan al-Banna Seorang Teroris? Hlm. 23 Ayyad asy-Syamari)
----------@@@@@@----------
Hasan al-Banna sendiri juga mengakui melalui kenyataannya: “Saya menganggotai al-Ikhwan al-Hasafiyah (tariqat kesufian) di Damanhur. Saya sentiasa berada di Masjid Taubah setiap malam”. (Lihat: Muzakkirat ad-Dakwah wad-Daiyah hlm. 27 Hasan al-Banna) Selanjutnya beliau berkata:
“Hadir sama Sayid Abdul Wahhab yang memberikan ijazah dalam tariqat
sufi al-Hasafiyah asy-Syazaliyah. Saya membaiah tariqat al-Hasafiyah
asy-Syazaliyah darinya. Dia telah memberitahu aku tempat-tempat dan
semua kegiatan-kegiatan tariqat al-Hasafiyah as-Syazaliyah”.
(Lihat: Muzakkirat ad-Dakwah wad-Daiyah hlm. 27 Hasan al-Banna) Hasan
al-Banna ikut mendirikan kumpulan Sufiyah Hasafiyah, beliau berkata: “Kemudian saya dipilih sebagai setiausaha di dalam tariqat ini (tariqat sufi al-Hasafiyah as-Syazaliyah)”. (Lihat: Muzakkirat ad-Dakwah wad-Daiyah hlm. 27 Hasan al-Banna)
----------@@@@@@----------
Sa’id Hawa memberi pengakuan dan kenyataan: “Sesungguhnya,
setelah menempuh perjalanan yang panjang dan memikul beban yang banyak,
jemaah Ikhwanul Muslimin telah menjadi sebahagian dari sejarah. Hanya
jemaah inilah sahaja satu-satunya jamaah memiliki hak memegang kuasa
Imamah. Sesungguhnya kami tidak memuji seorangpun di hadapan Allah”. (Lihat: Madkhal Ilaa Dakwah Ikhwanul Muslimin. Hlm. 294)
Sa’id Hawa, beliau berkata: “Telah muncul di pelbagai tempat pemikiran dari orang-orang yang sakit hatinya,
(Dimaksudkan: Orang yang sakit hatinya oleh Sa’id Hawa ialah sesiapa
yang mendedahkan kemungkaran Ikhwanul Muslimin, para tokohnya,
tulisan-tulisannya, kenyataan-kenyataanya, kuliah-kuliah dan fatwa) iaitu dengan melepaskan diri dari dakwah Hasan al-Banna dan segala pemikiran beliau”. (Lihat: Fii Afaaqit Ta’lim. Hlm 5)
Kemudian beliau memperjelaskannya lagi: “Hendaklah
mereka (yang di luar kelompok Ikhwanul Muslimin) menyedari bahawa
menyeleweng dari pemikiran Hasan al-Banna di masa sekarang ini adalah
perbuatan yang salah, mustahil akan selamat dan perbuatan yang bodoh
kerana apabila kita menginginkan perjuangan yang sempurna dalam membela
Islam dan kaum Muslimin ia hanyalah dengan pemikiran Hasan al-Banna”. (Lihat: Fii Afaaqit Ta’lim. Hlm. 5) Beliau berkata lagi:
“Pembuktian dari segi hukum telah memastikan bahawa tidak terdapat
manusia sekarang ini yang menguasai sejumlah kriteria seperti yang
dimiliki oleh Hasan al-Banna. Hanya beliau satu-satunya yang mampu
mencetuskan teori-teori amal Islami sekarang ini”. (Lihat: Fii Afaaqit Ta’lim. Hlm. 11)
Oleh kerana itu menurut Sa’id Hawa: “Salah satu kewajipan aktivis harakah (gerakan Islam) adalah memenuhi rumahnya dengan prinsip-prinsip Ikhwanul Muslimin”. (Lihat: Fii Afaaqit Ta’lim. Hlm. 29)
----------@@@@@@----------
Bagaimana
prinsip dan pemikiran yang dicemari kesyirikan seperti kuburi, bid’ah
sufiyah, akidah Asy’ariyah al-Maturidiyah dan hizbiyah Khawarijiyah
mampu membawa umat ke jalan kebenaran dan membela Islam? Nilailah dengan
neraca akidah pengakuan Sa’id Hawa ini: “Kami amat yakin, tidak terdapat jamaah yang paling sempurna bagi kaum muslimin kecuali dengan pemikiran Hasan al-Banna”. (Lihat: Jaulat Fil Fiqhain. Hlm. 79)
“Pada
keadaan sekarang khususnya, tidak ada pilihan yang benar untuk kaum
Muslimin, kecuali menerima konsep pemikiran Hasan al-Banna jika mereka
menghendaki jalan kebenaran”. (Lihat: Min Ajli Khutwah Ilal Iman. Hlm. 5)
Akidah
Hasan al-Banna ternyata bertentangan dengan al-Quran, Sunnah, Athar dan
dengan pemahaman Salaf as-Soleh (kelompok generasi terbaik). Hasan
al-Banna turut menegaskan: “Cara merungkai segala kesukaran dalam
amal, fikrah dan segala prinsip-prinsipnya yang ditempuh oleh golongan
sufi, semuanya itu termasuk uslub (metodologi) mentarbiyah dan cara
berpolitik Ikhwanul Muslimin”. (Lihat: Muzakkirat ad-Dakwah wa-Daiyah hlm. 31) Menurut Hasan al-Banna rahimahullah: “Tidak
diragukan lagi bahawa mengambil kaedah-kaedah dari tasawuf apabila
mentarbiyah dan membina suluk dalam dakwah, ia akan memberi kesan yang
kuat dalam jiwa dan hati. Ini berpunca lantaran kata-kata orang-orang
sufi (tasawuf) dalam hal ini lebih jelas dari perkataan manusia yang
bukan sufi”. (Lihat: Muzakkirat ad-Dakwah wa-Daiyah hlm. 31) Kenyataan Hasan al-Banna dikuatkan dengan pengakuan Si Pemuja sufi Sa’id Hawa semoga Allah merahmatinya, beliau berkata: “Bahawasanya Ikhwanul Muslimin pada hakikatnya adalah sufiyah (pertubuhan yang bermanhaj sufi)”. (Lihat: Jaulat fi Fiqihin hlm. 154)
Dikuatkan lagi dengan pengakuan Abdurrahman al-Banna, saudara kepada Hasan al-Banna, beliau menjelaskan: “Kebiasaannya
setelah solat Isyak, Hasan al-Banna duduk bersama orang-orang (sufi)
yang berzikir dari kalangan al-Ikhwan Hasafiyah”. Beliau menceritakan keadaan Hasan al-Banna berzikir berserta ahli al-Hasafiyah:
“Tidak kelihatan di dalam masjid, kecuali orang-orang yang berzikir…
Malam menjadi hening kecuali bisikan doa berserta kilauan cahaya,
seluruh tempat diselimuti cahaya langit, diselimuti cahaya Rabb,
longlailah seluruh jasmani, terbanglah arwah, lenyaplah segala sesuatu
yang ada dalam wujud, hilang dan terlepas lantaran suara-suara zikir
yang sangat manis”. (Hasan al-Banna bi Aqlami Talamizatihi wa-Mu’asirihi hlm. 70-71 Jabir Rizqi)
Inilah
ilusi sufi wahdatul wujud yang mungkar dan batil. Menurut Abdurrahman
al-Banna pula tentang amalan-amalan kesufian Hasan al-Banna: “Apabila
menjelang anak bulan Rabi’ul Awal, kami berjalan beramai-ramai dalam
satu perarakan setiap malam, sehinggalah ke malam 12 Rabi’ul Awal. (Lihat: Muzakkirah ad-Dakwah wa-Du’at Hlm. 22-23) Kami mendendangkan qasidah puji-pujian untuk Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Hasan al-Banna bersyair: “Kekasih ini (Nabi Muhammad) bersama para sahabat telah tiba (hadir) # Dia mengampunkan segala dosa yang telah berlalu dan yang akan datang”. (Lihat: Hasan al-Banna bi Aqlami Talamizatihi Hlm. 71-72)
Hasan al-Banna tidak secara langsung mengajak umat meyakini bahawa Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam
yang telah wafat dapat mengampunkan dosa. Bukankah ini keyakinan dan
kepercayaan sufi yang bid’ah, syirik, batil dan khurafat? Sesungguhnya
tiada siapa yang boleh mengampunkan dosa kecuali Allah, kerana Allah ‘Azza wa-Jalla berfirman: “Dan siapakah yang dapat mengampunkan segala dosa jika tidak selain Allah?”. (Ali Imran, 3: 135)
Fikirkanlah kenyataan Yusuf al-Qaradhawi yang menyeru kepada gerakan sufi Hasan al-Banna: “Jadikanlah Salafi itu Sufi”. (Lihat: Majalah an-Nida’. Malaysia)
Perayaan Maulid, Tawassul Dan Kuburi
Hasan al-Banna mewajibkan perayaan maulid, beliau berkata:
“Menghidupkan perayaan maulid Rasulullah menjadi kewajipan semua orang
sama ada Islam atau bukan Islam kerana majlis ini dipenuhi dengan
berkat. Rasulullah diutus bukan untuk kaum muslimin sahaja, tetapi
baginda juga diutus sebagai rahmat untuk sekalian alam, jin dan
manusia”. (Lihat; Qafilah al-Ikhwan al-Muslimun 1/48 Abbas as-Sisi)
Kebatilan dan kesalahan pemikiran Hasan al-Banna sangat dipertahankan oleh Yusuf al-Qaradhawi, dibawakan fatwa Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab secara
tadlis (curang) dan tidak sempurna demi untuk mempertahankan pendapat
Hasan al-Banna yang batil. Yusuf al-Qaradhawi berkata: “Tidak mengapa bertawassul dengan orang-orang soleh”. (Lihat; Qafilah al-Ikhwan al-Muslimun 1/48 Abbas as-Sisi) Memang benar Muhammad bin Abdul Wahhab, Ibnu Taimiyah, Imam Ahmad bin Hambal dan Sheikh al-Albani rahimahullah
membolehkan bertawssul, tetapi hanya kepada orang yang masih hidup dan
mengharamkan bertawassul kepada orang mati sama ada para nabi, rasul,
wali atau orang soleh. Yusuf al-Qaradhawi tidak boleh berbohong dalam
hal ini walaupun syeikhnya (Hasan al-Banna) telah bertawassul kepada
orang mati.
Ada pula yang mempertahankan kata-kata Hasan al-Banna di dalam Usul Isyrin Prinsip no. 14 yang menyatakan: “Menziarahi
kubur perkara yang disyariatkan dengan contoh yang diajarkan oleh
Rasulullah. Akan tetapi, meminta pertolongan kepada mayat di dalam kubur
siapa pun mereka, berdoa kepadanya, meminta pertolongan kepadanya,
bernazar untuknya, membina bangunan di atasnya, menutupi kelambu,
menerangi dengan lampu, mengusapnya untuk mendapat berkah, bersumpah
dengan selain Allah dan segala sesuatu yang serupa dengannya adalah
bid’ah yang wajib diperangi. Usahlah mencari-cari cara untuk membolehkan berbagai perilaku itu demi menutup fitnah yang lebih besar lagi”.
Semuanya itu hanya tulisan Hasan al-Banna semata, kerana pada hakikatnya beliau tidak
pernah mengingkari dari keyakinan kesufian, perayaan-perayaan bid’ah
dan menghidupkan amalan kuburi sehingga keakhir hayatnya. Raja’
as-Suhaimi menyatakan bahawa Hasan al-Banna melalui pemikiran sufinya
membolehkan berdoa atau bertawassul kepada kuburan dan menyeru roh para
wali: “Beliau tidak pernah menarik semula fatwa-fatwanya dan tidak pernah menentang akidah kuburiyah yang bid’ah dan membawa kepada kesyirikan”. (Lihat: Fikru at-Takfir Qadiman wa-Hadisan, Raja as-Suhaimi) Hasan al-Banna berfatwa: “Berdoa
apabila disertai dengan bertawassul kepada Allah dengan makhluk-Nya
(yang telah mati), maka yang demikian adalah furu’iyah dalam tata cara
berdoa, bukan termasuk dalam masalah akidah”. (Lihat:
Usul Isyrin, Perkara ke l5 Hasan al-Banna. Nazarat Fi Risalah
at-Ta’lim. Hlm.177 Muhammad Abdullah al-Khatib & Muhammad Abdul
Hamid)
Sa’id Hawa mempertahankan dan melanjutkan segala bid’ah yang telah dihidupkan oleh gurunya, beliau mengakui:
“Ustaz al-Banna menganggap antara kepentingan gerakan Islam ialah
menghidupkan hari-hari perayaan bersempena yang dinasabkan dengan
kejadian-kejadian dalam Islam dan mengingatkan manusia kepadanya.
Melaluinya maka sesungguhnya ia seakan-akan kewajipan fiqh-dakwah
Islamiyah masa kini, yang mana menghidupkan maulid Nabi dan merayakannya
merupakan pelajaran ilmiyah, diterima secara fiqhiyah dan kepentingan
yang tidak boleh ditinggalkan”. (Lihat: Dakwahtul Ikhwanul Muslimin fi Mizanul Islam. Hlm. 72)
Kenyataan ini diperkuatkan lagi dengan pengakuan Sa’id Hawa: “Tasawuf adalah gerakan Islam yang terkini - yang dimaksudkan ialah – gerakan tasawuf yang dihidupkan oleh Ikhwanul Muslimin”. (Lihat: Tarbiatuhum ar-Ruhiyah. Hlm. 6. Sa’id Hawa) “Gerakan
Islam yang terkini memberi tumpuan kepada pendidikan sufiyah secara
pemikiran dan perlaksanaan agama secara menyeluruh, kerana ustaz
al-Banna memberi pengkhususan utama kepada hakikat sufiyah”. (Lihat: Tarbiatuhum ar-Ruhiyah. Hlm. 17. Sa’id Hawa) Setelah kematian Hasan al-Banna maka Sa’id Hawa menganggap: “Hasan
al-Banna sebagai pembesar sufiyah dan digelar sebagai Mursyid al-Kamil
(mursyid yang sempurna), iaitu pewaris nabi yang paling sempurna” sebagaimana tercatit di dalam bukunya “Tarbiyatuhum ar-Ruhiyah” hlm 159.
Sa’id Hawa berkata di dalam bukunya ini di halaman 21 bahawa: Ustaz
Al-Banna adalah Mursyid yang sempurna dengan persaksian sebagai sufi
besar pada jiwa orang-orang Ikhwanul Muslimin. Dia seorang Mujaddid
(reformer/pembaharu), wakil wali-wali dan dia khalifah yang sebenarnya.
Oleh yang demikian maka wajib mengambil keseluruhan isi kandungan
dakwahnya secara sempurna”. Sa’id Hawa mempersempit ruang dakwah Islamiyah dengan menekankan:“Oleh kerana itu, tidak seorangpun boleh meninggalkan dakwah Ikhwanul Muslimin”. (Lihat: Fii Afaqit Ta’lim. Hlm. 16)
Allah s.w.t. berfirman:
“Dan janganlah kamu seru apa yang tidak memberi manfaat dan tidak pula
memberi mudharat kepada selain Allah sebab apabila kamu melakukan
sedemikian itu maka sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk orang-orang
yang zalim (syirik)”. (Yunus, 10: 106) Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: “Doa itu adalah ibadah” . (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)
Inilah
antara perkara-perkara batil dan bid’ah yang diperjuangkan oleh Hasan
al-Banna dan pengikutnya Sa’id Hawa dan dipertahankan oleh kebanyakan
yang lain yang menyanjungi dakwah Ikhwanul Muslimin tanpa memahami
hakikat yang sebenarnya.
Selain itu, Sa’id Hawa pula terus menegaskan: “Sesungguhnya
kaum muslimin selama beberapa masa yang lalu mempunyai para imam dalam
akidah, fiqh, tasawuf dan ibadah kepada Allah ‘Azza wa-Jalla. Imam
mereka dalam akidah seperti Abul Hasan al-Asy’ari dan Abu Mansur
al-Maturidi”. (Lihat: Jaulat Fil Fiqhain. Hlm. 22) Inilah model
akidah Ikhwanul Muslimin, mencampurkan yang hak dengan yang batil,
akidah Asy’ariah al-Maturidiyah, sufiyah kuburiyah dan siyasah hizbiyah
Khawarijiyah ala Jahiliyah sehingga menolak akidah yang sahih dari para
salaf iaitu generasi awal kaum muslimin. Sa’id Hawa menegaskan dengan
pengakuannya: “Kami tidak pernah merelakan diri kami untuk
meninggalkan prinsip pemikiran ustaz Hasan al-Banna. Pada masa ini, jika
sesiapa cuai pada perkara ini (prinsip pemikiran al-Banna. pent)
samalah ertinya meninggalkan jalan kebenaran dalam membela Islam“. (Lihat: الجماعة الإسلامية فى ضوء الكتاب والسنة بفهم سلف الأمة , Salim bin ‘Ied al- Hilali. Dan Lihat: Min Ajli Khutwah Ilal Imam Hlm. 12)
Keyakinan
Hasan al-Banna terus diperjuangkan dan dihidupkan oleh Umar
at-Tilmisani dan para pengekor Ikhwanul Muslimin, beliau mempertahankan
kemungkaran ini dan menjelaskan: “Ada orang yang berkata:
Sesungguhnya Rasulullah hanya mengampunkan dosa mereka semasa mendatangi
baginda diketika hidupnya sahaja, saya tidak tahu mengapa mereka
membatasi ayat ini dengan doa permohonan pengampunan dosa dari Nabi
ketika baginda masih hidup sahaja, pada hal tidak ada yang membuktikan
pembatasan dalam ayat tersebut”. (Lihat: Syahidul Mihrab Umar bin al-Khattab, hlm. 225-226 Umar at-Tilmisani)
Kesalahan/penyimpangan pemikiran Hasan al-Banna terus dipertahankan oleh Tilmisani dengan keyakinannya: “Saya
lebih cenderung mengambil pendapat pihak yang meyakini bahawa
Rasulullah boleh mengampunkan dosa, sama ada semasa baginda hidup atau
setelah wafat bagi sesiapa yang mendatangi kubur baginda”. (Lihat: Syahidul Mihrab Umar bin al-Khattab, hlm. 226 Umar at-Tilmisani) Beliau menekankan: “Maka
tidak sepatutnya bersikap ekstrem semasa mengingkari mereka-mereka yang
berkeyakinan tentang kebenaran keramat-keramat para wali serta meminta
perlindungan kepada kubur-kubur mereka yang suci atau berdoa di atas
kubur-kubur tersebut ketika ditimpa kesusahan. Keramat-keramat para wali
itu sebagai salah satu bentuk bukti mukjizat para rasul utusan Allah”.
(Lihat: Syahidul Mihrab Umar bin al-Khattab, hlm. 226 Umar
at-Tilmisani) Inilah perbuatan syirik besar yang telah dilakukan oleh
orang-orang jahiliyah sebelum Nabi Muhammad di utus sedangkan para ulama
Salaf mengharamkannya berdasarkan firman Allah:
“Kemudian mereka meminta keampunan atas dosa-dosa mereka, maka siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah”. (Ali Imran, 3: 153)
Dan firman-Nya: “Janganlah kamu seru di samping Allah dengan seseorang yang lain”. (al-Jin, 72: 18)
Apakah membela dan mempertahankan tokoh-tokoh seperti ini dibolehkan di dalam syara’?
Hasan al-Banna Dan Syiah
Sebahagian
kaum muslimin yang menyeru agar menolong Hizbullah (pejuang berfahaman
Syi’ah) di bawah pimpinan Hasan Nasrullah hampir sama seperti seruan
Hasan al-Banna yang menyeru kepada penyatuan antara Sunnah dan Syiah.
(Lihat: Zikriyat La Muzakarat, Umar at Tilmisani) Hasan al-Banna tidak menentang Syiah kerana menurut beliau: “Syiah sama seperti empat mazhab yang ada”.
(Lihat: Zikriyat La Muzakarat, Umar at Tilmisani) Malah Hasan al-Banna
berwala’ dan berterus terang kepada para pemuka serta pengikut Syiah: “Kami
sampaikan kepada yang mulia Sayid Muhammad Uthman segala apa yang
terpendam di lubuk hati Ikhwanul Muslimin berupa rasa cinta, kasih dan
sentiasa memuliakan (Syiah)”.
Fikirkanlah
maki dan celaan Syiah terhadap Abu Bakr, Umar, Uthman seluruh sahabat
dan menuduh ‘Aisyah sebagai penzina (pelacur) lalu, wajarkah Syiah
dimuliakan, dicintai dan dikasihi oleh Hasan al-Banna dan Ikhwanul
Muslimin serta habis-habisan dipertahankan pemikiran yang seperti itu?
Kebencian pengikut Hasan al-Banna terhadap ahli tauhid dan orang yang mengikut salafiyah. Contohnya: “Abu
Ahmad dan Abu Bilal dipecat dari keanggotaan Ikhwanul Muslimin
gara-gara mengikuti kuliah dan mengundang Syeikh Muhammad Nashiruddin
al-Albani”. Perkara ini telah dijelaskan oleh Seikh Salim bin Ied al-Hilali. (Lihat: الجماعة الاسلامية فى ضوء الكتاب والسنة بفهم سلف الأمة Pemecatan ditanda tangani oleh Dzeib Anis)
Hizibiyah, Takfiriyah Dan Irhabiyah (Pengganas)
Pendukung
Ikhwanul Muslimin perlu tahu dan menyedari bahawa terlalu banyak
buku-buku yang menjelaskan tentang perkara ini, antaranya di dalam kitab
Hasan al-Banna wa-Ahamul Warisin di jelaskan bahawa Hasan al-Banna
mentakfir parti yang tidak berwala’ kepada mereka, tidak ada konsensus
malah bermusuh dengan pemerintah yang dianggap kafir dan wajib
diperangi: “Orang yang mencetuskan pengkafiran daulah dan pemimpin
Islam jika tidak bersatu dengan partinya adalah Hasan al-Banna kemudian
diikuti oleh Sayid Qutub dan kebanyakan para tokoh Ikhwanul yang
lainnya”. (Lihat: Turkh Hasan al-Banna wa Ahammul Warisin. Prinsip Kedua)
Desakan Hasan al-Banna kepada seluruh anggota Ikhwanul Muslimin agar: “Berbaiah
secara sufiyah dan ketenteraan. Mewajibkan jihad dan merealisasikan
mengikut manhaj Ikhwani melalui sepuluh syarat yang ditetapkan oleh al-Banna”. (Dinukil dari kitab: فكرةالتكفير قديما وحديثا hlm. 96-97, Abdussallam bin Salim bin Raja as-Suhaimi) Sehingga pengikut didikan Hasan al-Banna, Ikhwanul Muslimin “Sentiasa
bersedia apabila pemimpin memberikan arahan untuk membuat rusuhan atau
melakukan pembunuhan (keganasan) semuanya itu wajib dilaksanakan”. (Lihat: Turkh Hasan al-Banna wa Ahammul Warisin. Prinsip Kedua (Bai’at)) Kerana: “Seseorang di hadapan Hasan al-Banna semestinya seperti mayat di hadapan orang yang memandikannya”. Ditekankan agar berpegang dengan syiar sufiyah, iaitu melihat dengan penglihatan al-Banna: “Mesti taat dan tidak boleh menderhaka”. (Lihat: Turkh Hasan al-Banna wa Ahammul Warisin. Prinsip Kedua (Bai’at))
Di
dalam seruan Hasan al-Banna terisi juga seruan ke arah keganasan
(Teroris), iaitu melalui prinsip Khawarij yang dikembangkan melalui
teori (fahaman) Tauhid Hakimiyah, teori takfir, (Teori takfir
dikembangkan oleh Sayid Qutub di dalam kitabnya “Mu’alimu fii Tariq”)
penubuhan Tanzim Khas dan semangat aksi teror (pengebom berani mati)
(Yusuf al-Qaradhawi telah menghalalkan pengeboman berani mati dan
dianggap pelakunya sebagai berjihad dan mati syahid) yang menjadi dasar
perjuangan Ikhwanul Muslimin yang membawa kepada gerakan teroris
besar-besaran di Mesir. Ia menjadi model ikutan semua aktivis ala
Ikhwanul Muslimin di manapun mereka berada. Dibuktikan melalui penekanan
ketua-ketua para pemimpin mereka antranya Hasan al-Banna: “Dan
fasa kedua adalah fasa khusus untuk membina syakhsiyah (peribadi) supaya
taat, mendengar, jihad, membunuh, melakukan keganasan (teror),
melaksanakan setiap perintah pemimpin dan mengkafirkan pemerintah”. (Lihat: Turukh Hasan al-Banna wa-Ahammul Warisin. Semak “Prinsip Ketiga”. Aiyid asy-Syamari)
Setelah “Tanzim Khusus” terlaksana,
Hasan al-Banna membentuk marhalah ketiga tetapi setelah beliau terbunuh
pada 1948M rancangannya gagal di separuh jalan, namun sempat
direalisasikan oleh al-Hudhaibi pada 1952M dengan melakukan huru-hara,
pemberontakan dan akhirnya rampasan kuasa terhadap kerajaan Raja
al-Faruq. Unsur-unsur keganasan dalam pertubuhan Ikhwanul Muslimin
dikesan di dalam teks baiah yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: “Mendengar dengan pendengaran Hasan al-Banna dan melihat dengan penglihatan Hasan al-Banna”. (Lihat: Zikriyat La Muzakkirat. Umar at-Tilmisani)
Ikhwanul
Muslimin yang dipimpin oleh Hasan al-Banna memperalat para pelajar
dalam acara demonstrasi, membawa bahan letupan dan meletupkan bahan
tersebut dalam aksi keganasan sehingga mengorbankan ramai nyawa. (Lihat:
Turukh Hasan al-Banna wa- Ahammul Warisin. Di Prinsip Ketujuh. Aiyid
asy-Syumari) Segala perintah dan arahan tersebut mesti dipatuhi dan
dilaksanakan oleh para ahli kerana ia tertakluk kepada ikrar bai’ah: ”Mendengar, taat, tidak merasa serik, tidak ragu dan tidak bimbang”. (Lihat: Qanun Nizam Asasi li-Hai’ah Ikhwanul Muslimin wa-Syu’abiha hlm. 7)
Pada
1940M Hasan al-Banna menubuhkan gerakan ketenteraan (Tanzim Khusus).
Anggotanya membaiah Hasan al-Banna dengan menjunjung al-Quran untuk
setia melakukan kekacauan, rusuhan, kekejaman, demonstrasi, melakukan
pembunuhan terhadap polis, tentera, orang awam, pegawai pemerintah dan
rakyat jelata. Dan semuanya itu telah dilakukan sehingga berjaya
menggulingkan kerajaan Raja Faruq. (Lihat: Kenyataan ini lebih
terperinci di dalam buku “Tanzim Khas”. Oleh Muhammad as-Shabagh)
Ditahun yang sama (1940M), Tanzim Khas dan gerakan komando (Lihat:
“al-Muzakkirat oleh Hasan al-Banna” bahawa para anggota yang tidak
mematuhi arahan Hasan al-Banna akan dihukum. Mereka tidak mendapat
kebebasan sehingga perlu meminta izin walaupun ingin menunaikan haji)
dibentuk oleh Hasan al-Banna. Mereka yang berada di unit ini ditugaskan
untuk melakukan operasi keganasan di mana sahaja setelah mendapat arahan
dari pemimpin tanpa dipertikaikan. Hal ini telah diakui dan dijelaskan
oleh Muhammad Abdul Halim di dalam tulisannya. (Lihat: kenyataan lanjut
dan lebih terperinci di dalam buku “Ikhwanul Muslimin wa-Ahwal
Sintai’Asyara Tarikh. Oleh Muhammad Abdul Halim)
Fatwa Sheikh Abdul Aziz bin Baz Tentang Ikhwanul Muslimin
Setelah
Syeikh maklumi hadis Nabi tentang perpecahan umat, saya ingin bertanya
apakah Jamaah Tabligh dengan kesyirikan dan bid’ahnya dan Jamaah
Ikhwanul Muslimin dengan kehizbiyahannya termasuk ke dalam firqah yang
sesat?
Jawapan Syeikh Ibn Bazz rahimahullah: “Jamaah
Tabligh dan Ikhwanul Muslimin termasuk tujuh puluh dua firqah yang
sesat kerana barangsiapa berselisih dengan akidah Ahli Sunnah, ia akan
masuk ke dalam tujuh puluh dua yang disebut oleh Rasulullah sallallahu
‘alaihi wa-sallam sebagai “umatku”. Maka yang dimaksudkan “umatku”
adalah golongan yang masih menjadi umat baginda iaitu umat Islam”.
Beliau
(Ibn Bazz) ditanya lagi: Apakah keduanya (Jamaah Tabligh dan Ikhwanul
Muslimin) termasuk ke dalam tujuh puluh dua golongan tersebut?
Jawapan Ibn Bazz: “Ya, (Ikhwanul Muslimin) termasuk dalam keumuman tujuh puluh dua golongan tersebut! Termasuk juga Murjiah dan Khawarij”. (Lihat: Majalah as-Salafiyah. Hlm. 47. No. 7 tahun 1422)
Tetapi
para tokoh Ikhwanul Muslimin berpendirian sebaliknya sehingga Sa’id
Hawa berkali-kali menyeru para pendampingnya supaya berbaiah kepada
pemimpim Ikhwanul Muslim agar menjadi anggota pertubuhan tersebut.
Beliau berkata:“Tidak ada pilihan yang lain, hanya jamaah Ikhwanul
Muslimin sahajalah yang wajib diikuti dan dibaiah oleh seluruh kaum
muslimin”. (Lihat: المداخل الى دعوة الاخوان المسلمين, hlm. 30)
Isi kandungan teks bai’ah Ikhwanul Muslimin ialah:
“Aku
berjanji kepada Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung untuk sentiasa
berpegang teguh dengan dakwah Ikhwanul Muslimin dan berjihad di
jalannya, mematuhi syarat-syarat keahliannya dan mempercayai sepenuhnya
kepada kepimpinannya. Sentiasa patuh dan taat dalam keadaan suka atau
benci. Aku bersumpah atas nama Allah Yang Maha Agung atas semuanya ini
dan aku berbaiah atasnya. Allah menjadi saksi atas apa yang aku katakan”. (Lihat: Qanun Nizam Asasi li Haiah Ikhwanul Muslimin wa-Syu’abiha hlm. 7)
Walaupun
Sa’id Hawa tidak menganggap pertubuhan Ikhwanul Muslimin sebagai jamaah
yang maksum sebagaimana anggapan seorang tokoh dalam negara kita
(Malaysia), tetapi baginya ia mendekati kepada maksum. (Menurut Sa’id
Hawa: Kami tidak mengklaim maksum, tetapi selain kami juga tidak maksum.
Lihat: Madkhal Ilaa Dakwah Ikhwanul Muslimin hlm. 12) Beliau tidak
terasa segan silu mencabar dengan kata-kata: “Pernahkah ada dari
kalangan umat ini orang yang setara dengan Hasan al-Banna? Adakah
generasi yang akan datang akan menemui orang yang lebih tegas dari Hasan
al-Hudheibi? Sesungguhnya hanya kepada kedua Khalifah Ikhwanul Muslimin
inilah sahaja kita membaiah”. (Lihat: Madkhal Ilaa Dakwah Ikhwanul Muslimin hlm. 30)
Sa’id Hawa menekankan agar setiap individu bergabung dengan Ikhwanul Muslimin sebagaimana kenyataannya: “Bahawa bergabung dengan Ikhwanul Muslimin adalah kewajipan kepada seluruh kaum muslimin”.
(Lihat: Fii Afaqit Ta’alim. Hlm. 16) Hasan al-Banna berakidah
Asy’ariyah dan sufiyah al-Hasafiyah (Lihat: Fikru Takfir Qadiman
wa-Hadisan hlm. 151 Raja as-Suhaimi) kuburiyah yang dipenuhi dengan
syirik, khurafat dan tahaiyul.
Menurut keterangan Sa’id Hawa: “Umat
(Ikhwanul Muslim) telah menyerahkan persoalan akidah mereka kepada dua
orang imam, iaitu Abul Hasan Asy’ari dan Abu Mansur al-Maturidi”. (Lihat: Jaulat Fil Fiqhain. Hlm. 22)
Pendirian Pentaksub Hasan Al-Banna
Sa’id Hawa yang radikal ini menjadi ghuluw (taksub) kepada Hasan al-Banna sehingga dengan berani menegaskan: “Dan
kami mempercayai bahawasanya tidak ada jamaah yang sempurna bagi kaum
muslimin kecuali dengan fikrah (pandangan/pemikiran) al-Ustaz Hasan
al-Banna atau dengan pandangan-pandangan beliau”. (Lihat: Jaulah al-Fiqhiyin al-Akbar as-Saghir hlm. 79 Sa’id Hawa)
Perkataan Sa’id Hawa ini bertentangan dengan sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam yang menjelaskan bahawa di dalam Islam hanya terdapat satu sahaja manhaj: “Akan berpecah umatku kepada 73 golongan, semuanya di dalam neraka kecuali al-Jamaah”. (Hadis Riwayat Hakim dalam Mustadrak 1/128. Kitab al-Ilm)
Hasan
al-Banna mendapat sokongan yang kuat dari Muhammad Qutub sehingga
Muhammad Qutub menegaskan bahawa tidak ada lagi jamaah yang boleh
diikuti kecuali Jamaah Ikhwanul Muslimin, beliau berkata: “Dan tidak ada lagi ruang jamaah-jamaah lain kecuali jamaah ini (Ikhwanul Muslimin)”. (Lihat: as-Syahwah Islamiyah. Hlm 96)
Beliau berkata lagi: “Munculnya
Kebangkitan Islam (dimaksudkan gerakan Hasan al-Banna dan Ikhwanul
Muslimin) yang seharusnya menyinari dunia Islam merupakan peristiwa
besar dalam sejarah kebangkitan insani dikurun dua puluh”. (Lihat: as-Syahwah Islamiyah. Hlm 96)
Dan beliau berterus terang: “Telah datang gerakan Imam as-syahid dan umat dalam keadaan begitu lalai (dimaksudkan kafir atau jahiliyah) kecuali yang dirahmati Tuhanmu”. (Lihat: as-Syahwah Islamiyah. Hlm 96)
Penegasan di atas ini juga bertentangan dengan hadis: “Dari
Abdullah bin Masoud berkata: Rasulullah telah menggariskan kepada kami
suatu garisan lalu bersabda: Inilah jalan Allah. Kemudian menggariskan
beberapa jalan di sebelah kanannya dan beberapa garis di sebelah
kirinya, lalu baginda bersabda: Inilah jalan-jalan yang pada setiap
jalan ada syaitan yang menyeru kepada jalan tersebut. Kemudian baginda
membacakan ayat (al-Quran yang mana Allah berfirman): Sesungguhnya
inilah jalan Ku yang lurus, maka ikutilah jalan tersebut, janganlah kamu
ikuti jalan-jalan (yang ke kanan atau ke kiri) kerana jalan-jalan
tersebut mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. Yang demikian itulah
kamu diperintahkan oleh Allah agar kamu bertakwa”. (al-An’am, 6: 153)
Penampilan dan sifat al-Jamaah yang Rasulullah jelaskan ialah: “(Iaitu orang-orang yang seperti) apa yang aku di atasnya pada hari ini dan para sahabatku”. (Lihat: Tuhfatul Ahwazi 7/399-340)
Iaitu bukan seperti Jamaahnya Ikhwanul Muslimin.
Syeikh Abdul Muhsin Abbad al-Badr, salah seorang ulama Madinah telah mengkritik Hasan al-Banna dan berkata:
“Tidak ada ruang untuk memberi keuzuran kepada ahli yang menyeleweng
dan sesat (Hasan al-Banna) tentang apa yang menyalahi pegangan Ahli
Sunnah wal-Jamaah”. (Lihat: Fikru at-Takfir Qadiman wa-Hadisan 153, Raja as-Suhaimi)
Syeikh Soleh Ali as-Syeikh, Menteri Hal Ehwal Agama kerajaan Arab Saudi menjelaskan: “Para
pemimpin Ikhwanul Muslimin menutup rapat akal para pengikut mereka dari
menerima kata-kata yang berlainan dengan manhaj mereka”. (Lihat: Fikru at-Takfir Qadiman wa-Hadisan 281, Raja as-Suhaimi)
Seruan Hasan al-Banna kepada Syiah
Cita-cita Hasan al-Banna telah digambarkan oleh Umar at-Tilmisani (Mursyid ketiga) yang mana beliau berkata: “Fadilat
Syeikh Muhammad al-Qummi salah seorang ulama besar dan tokoh ulama
besar Syiah merangkap pemimpin Syiah telah diundang ke markas umum
Ikhwanul Muslimin. Ia berada dalam waktu yang agak panjang di situ.
Sebagaimana juga sudah dimaklumi bahawa Imam Hasan al-Banna telah
membuat pertemuan dengan tokoh utama Syiah Ayatullah al-Kasysyani
dimusim Haji tahun 1948M hingga membentuk kesatuan fahaman antara Syiah
dengan Ikhwanul Muslimin”. (Lihat: Limaza Ughtila Hasan al-Banna, hlm. 32. Lihat: Nukilan dari Ikhwanul Muslimin fi-Mizan)
“Seingat
saya pada tahun empat puluhan Sayid Qummi tokoh yang bermazhab Syiah
berkunjung sebagai tetamu ke Markas Umum Ikhwanul Muslimin. Ketika itu
Imam al-Banna sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menyatukan
golongan-golongan yang berpecah (antaranya Syiah)”. (Lihat: Zikriyat Laa Muzakkirat. Hlm. 249, Tilmisani)
Umar at-Tilmasani menulis di dalam bukunya untuk merialisasikan niat Hasan al-Banna: “Sedarlah,
sesungguhnya Ahli Sunnah dan Syiah semuanya adalah kaum Muslimin yang
disatukan oleh kalimah Laa Ilaha Illallah Muhammad Rasulullah! Inilah
asas akidah, ternyata Ahli Sunnah dan Syiah dalam akidah adalah sama dan
semuanya dalam keimanan. Adapun perselisihan antara keduanya maka itu
terjadi pada perkara-perkara yang boleh dilakukan tolak-ansur antara
keduanya”. (Lihat: Zikriyat Laa Muzakkirat. Hlm. 250, Tilmisani)
Seruan
Hasan al-Banna dan jamaahnya adalah mungkar dan batil, kerana Syiah
mengkafirkan dan melaknat Abu Bakr, Umar, Uthman dan Muawiyah. Menurut
al-Majalisi: “Syiah berlepas dari empat wanita iaitu ‘Aisyah, Hafsah, Hindun, Ummu Hakam serta seluruh keluarga dan pengikut mereka”. (Haqqul Yakin hlm 519. Muhammad Baqir al-Majalisi (berbahasa Parsi))
Kepercayaan Syiah ini bertentangan dengan firman Allah yang menjelaskan: “Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang mukmin dari mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka”. (al-Ahzab, 33: 6)
Hasan al-Banna terus mendapat dokongan dari Umar Tilmisani. Umar Tilmisani berkata: “Pendekatan antara Syiah dan Sunnah merupakan kewajipan para fuqaha’. Beliau berkata lagi:
Maka merupakan kewajipan para fuqaha’ untuk menubuhkan pemikiran taqrib
(pendekatan Syiah dan Sunnah) bagi tujuan membina masa depan kaum
muslimin yang gemilang”. (Lihat: Majalah Dakwah al-Misriyah. Keluaran 105, Julai 1985)
Dr. Izzuddin Ibrahim menjadi saksi tentang kenyataan ini, beliau berkata: “Aku
ikut terlibat dalam usaha kumpulan ini (pendekatan Sunnah dan Syiah)
atas berkat al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna yang berpendapat bahawa
kaum muslimin sama ada Sunni atau Syiah adalah umat yang satu. Kitab
sucinya satu, rasulnya satu, menetapkan halal dan haram juga satu,
sistem siyasahnya satu, sistem ekonominya satu, sistem sosialnya satu,
daulahnya satu begitu juga dalam rangka membersihkan alam dari
kezaliman, ketidakadilan, kepalsuan yang dilakukan oleh dua kuasa besar.
Maka Sunni dan Syiah semestinya bersatu dalam menghadapinya”. (Lihat: Mauqif Ulama Muslimin Min asy-Syiah wa-Saurah al-Islamiyah hlm. 35)
Syiah
juga tidak mengiktiraf kitab-kitab Bukhari, Muslim, Turmizi dan
lain-lainnya. Malah sebahagian mereka sudah mula menyelwengkan
kitab-kitab ini dengan cara mengubah-suai dan menyebarkannya. Mereka
hanya mengiktiraf kitab al-Kafi oleh Kulaini dan menolak al-Quran
pegangan ahlus sunnah dan berpegang kepada al-qur’an yang didakwa
sebagai Mushaf Fatimah. Tokoh Ikhwan Muhammad al-Ghazali (Muhammad
al-Ghazali lahir pada 1334H (1917M) di Nakla al-‘Inab. Meninggal pada 6
Mach l996M di Mesir. Walaupun pernah menjadi guru penulis selama 3 tahun
di Universiti Ummul Qura, namun penulis menghormati beliau hanya
sebagai guru tetapi penulis lebih mencintai ilmu yang datangnya dari
Allah ‘Azza wa-Jalla berbanding pemikiran Muhammad al-Ghazali yang
banyak dipertikai) telah mengemukakan pendiriannya terhadap Syiah, beliau berkata: “Aku
termasuk anggota penyatuan antara pelbagai mazhab. Aku diberi tugas
menyenambungkan jamaah di Markas Ikhwanul Muslimin di Kaherah (Cairo).
Aku berusaha merapatkan penyatuan dengan Syiah melalui Muhammad Taqiy
al-Qummi sebagaimana aku usahakan melalui Syeikh Jawwad. Aku berusaha
merapatkan hubungan dengan ramai tokoh-tokoh Syiah lainnya”.
(Lihat: Mauqif Ulama Muslimin Min asy-Syiah wa-Saurah al-Islamiyah hlm.
22) Usaha Muhammad al-Ghazali tidak berjaya sehinggalah meninggal dunia.
Pengekor Hasan al-Banna antaranhya Zainab al-Ghazali berkata: “Menurutku
Syiah Ja’fariyah dan Zaidiyah termasuk mazhab Islam seperti empat
mazhab di kalangan Ahli Sunnah. Para cendiakawan dan para tokoh dari
kalangan Sunnah dan Syiah hendaklah mencari titik pertemuan dan saling
memahami serta bekerjasama dalam mengeratkan hubungan antara mazhab yang
empat dengan mazhab-mazhab Syiah”. (Lihat: Muaqif Ulama Muslimin wa-Saurah al-Islamiyah. Hlm. 33)
Abdul Aziz bin Syabib as-Saqr membuktikan akan kebenaran kenyataan ini kerana beliau berkata: “Setelah
Hasan al-Banna meninggal, usaha pendekatan Syiah dengan Sunnah diambil
alih oleh seluruh tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin agar diterapkan di
negeri masing-masing sebagaimana yang diusahakan oleh Umar at-Tilmisani
di Mesir, Mustafa as-Siba’i di Syiria, Hasan at-Turabi di Sudan,
al-Ganusyi di Tunis, Fathi Yakan di Lubnan dan al-Maududi di Pakistan”. (Lihat: Tahafutus Syi’arat wa-Suqutul Aqni’ah. Hlm. 32. Abdul Aziz Syabib)
Daarut Taqrib (Badan
ini diwujudkan untuk menyatukan Syiah dan Ikhwanul Muslimin. Melalui
Ikhwanul Muslimin pula disatukan Syiah dengan Sunnah) sebuah organisasi
yang bekerjasama antara Ikhwanul Muslimin dan Syiah. Membelanjakan untuk
sebuah rumah eksklusif di Zamaalik, Kaherah (Cairo) dipenuhi
perabut-perabut luks, peralatan pejabat, menerbitkan majalah Islam yang
besar, menggaji para pengurus, pengelola dan penulis-penulisnya. Dari
manakah semua dana itu dan siapakah yang membiayainya? (Lihat: Majalah
al-Azhar. 24/285-286)
Semua persoalan ini terjawab melalui pengakuan dari beberapa penulis Syiah yang menjelaskan bahawa: “Daarut
Taqrib didirikan dengan dana pembiayaan yang datangnya dari tokoh-tokoh
pembesar Syiah. Di Daarut Taqrib sesiapapun dari Ahli Sunnah tidak
mempunyai hak untuk melakukan sembarang tugas tanpa persetujuan dari
tokoh-tokoh Syiah”. (Lihat: al Khomeini. Hlm. 27. Ahmad Mughniyah)
Hasan al-Banna mengiktiraf Syiah. Al-Asmawy berkata: “Hasan al-Banna telah menyatukan pemikiran Sayid Jamaluddin al-Afghani (Syiah) dengan jalan pemikiran Muhammad Abduh”. (Lihat: Majalah ad-Dakwah. No 21. Rabiulawal 1398H. Hlm. 23)
Berkata Syeikh Rabi’ al-Madkhali: “Kekejian
dan kemungkaran Syiah bukan sahaja menolak al-Quran tetapi telah
merubah dan merosakkan kandungan Kitabullah tersebut yang tidak pernah
dilakukan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani terhadap kitab mereka”. (Dipetik dari ceramah Syeikh Rabi’ Ibn Hadi al-Madkahli. Jumaat 10. 7 1427. Di Taif, Arab Saudi) Dan “Syiahlah yang telah menjatuhkan Khalifah Abbasiyah”. (Dipetik dari ceramah Syeikh Rabi’ Ibn Hadi al-Madkhli. Jumaat 10. 7 1427. Di Taif, Arab Saudi)
Para
pendukung Ikhwanul Muslimin menyokong Syiah Hizbullah. Sedangkan
Hizbullah tidak pernah menyerukan kalimatul ‘ulya (tauhid) dan tidak
berjihad untuk pemurnian akidah. Mereka hanyalah Syiah – Rafidhah yang
tidak pernah mencintai Ahli Sunnah wal-Jamaah. Peperangan di jalan Allah
hanya untuk meninggikan kalimat Allah. Menolong agama Allah. Selainnya
pula bukan fisabilillah melainkan fanatisma jahiliyah. Hizbullah
adalah Syiah – Rafidhah. Jihad mereka untuk meluaskan Hizbur Rafidhah –
Hizbus Syiah atau dikenali sebagai empayar Iran – Parsi. Lihatlah di
Iraq di mana Hizbus Syiah – Hizbur Rafidhah tidak sudi bersatu dengan
Ahli Sunnah wal-Jamaah sehingga ribuan Ahli Sunnah diusir, dibunuh dan
disembelih dengan penuh kekejaman dan sadis. Mereka menghinjak-hinjak
al-Quran, masjid orang-orang Sunnah dirampas atau dimusnahkan,
yayasan-yayasan sunnah dihapuskan dan kehormatan Ahli Sunnah dicabul
dengan tidak ada pertimbangan agama dan peri kemanusiaan. Apakah Syiah
di Iran dan di Iraq berbeza akidah, prinsip dan perjuangannya dengan
Syiah di Lubnan pimpinan Hasan Nasrullah wahai orang yang mahu
memikirkan! Begitulah juga dengan Hizbullah, ia adalah Syiah kerana
datangnya dari orang-orang Syiah yang tidak sudi meninggalkan akidah
Syiahnya.
Para Da’i Syiah Menentang Ahli Sunnah
Para
tokoh Ikhwanul merelakan diri diperalat oleh Syiah, seperti Subhi
Saleh, Dr. Abdul Karim Zaidan, Muhammad al-Ghazali, Muhammad Abu Zahrah,
Dr. Mustafa as-Syeikh, Hasan Aiyub, Hasan at-Turabi, Fathi Yakan,
Zainab al-Ghazali, Umar at-Tilmisani, Yusuf al-Azham, Yusuf al-Qaradhawi
dan ramai lagi. Mereka bersungguh-sungguh menyatukan Syiah dan Sunnah
melalui Daarut Taqrib. Sehingga Syiah berjaya memperolehi fatwa dari
Syeikh al-Azhar, Muhammad Syaltut untuk memberi ruang kepada Syiah
Rafidhah dalam bidang fiqh, usul fiqh, tarikh, mustalah hadis dan
perawi-perawinya di Universiti al-Azhar. (Lihat: al-Jamaah al-Islamiyah
fi Dhawi al-Kitab wa Sunnah bi Fahmi Salaf al-Ummah. Salim Ied
al-Hilali. (dalam perbincangan Mutaah))
Nawab Syafawi menyampaikan pidatonya di hadapan pemuda-pemuda Syiah dan Sunnah: “Barangsiapa ingin menjadi penganut Syiah Ja’fariyah yang tulin maka hendaklah bergabung ke dalam barisan Ikhwanul Muslimin”. (Lihat: Mauqif Ulama Muslimin. Hlm. 15)
Strategi
persefahaman dan pola kerjasama antara Ikhwanul Muslimin dan Syiah
telah terjalin intim, sehingga membawa Nawab Syafawi mengadakan
kunjungan ke Kaherah, Mesir pada tahun l954M. (Lihat: as-Sunnah
al-Muftara ‘alaihi. Hlm. 57. Salim al-Bahnasawi)
Ikhwanul
Muslimin menyeru agar seluruh ahli dan anggotanya bersatu dengan Syiah.
Sedangkan Syiah begitu petah dan lancang melaknat dan mengkafirkan para
sahabat. Islam tidak menghalalkan seseorang mengkafirkan seseorang yang
tidak dikafirkan oleh syara. Apakah Ikhwanul Muslimin tidak mencernakan
hadis-hadis berikut?:
“Barangsiapa
memanggil seseorang dengan panggilan kafir atau berkata: Engkau musuh
Allah sedangkan dia tidak kafir maka perkataan tersebut kembali
(terpantul) kepada Si Pemanggil”. (H/R Bukhari 3246. Muslim 93. Dan Ahmad 20492)
“Melaknat seorang mukmin adalah sama seperti membunuhnya”. (H/R Bukhari 5640)
“Memaki hamun seorang muslim adalah fasik, membunuhnya kufur”. (H/R Bukhari 46. Muslim 97. Dan Turmizi 1906)
Dari Ahmad bin Muhammad bin Sulaiman at-Tustari berkata: Aku mendengar Abu Zur’ah berkata: “Jika
engkau melihat seseorang mencerca salah seorang sahabat Nabi maka
ketahuilah ia adalah zindiq. Kerana dalam pandangan kami Rasulullah
adalah haq dan al-Quran adalah haq, sedangkan yang menukil al-Quran dan
sunnah-sunnah Nabi kepada kita adalah para sahabat Rasulullah sallallahu
‘alaihi wa-sallam. (Lihat: as-Sharimul Maslul ‘ala Syatmir Rasul. Hlm. 580)
Semoga
para pendukung Ikhwanul Muslimin yang membaca tulisan ini tidak
melenting, segera melakukan kajian, dan bertindak dengan adil serta
menjauhi kebatilan.
Penyatuan Ala Ikhwanul Muslimin
Untuk
mencapai cita-citanya merebut kedudukan pemimpin negara, maka Ikhwanul
Muslimin sanggup menyatukan orang-orang kafir Nasara sebagai kepimpinan
dalam lajnah mereka, antaranya: Dr. Abdul Fattah Muhammad al-Uweisi
mengakui hakikat ini: “Sebagai bukti, Ikhwanul Muslimin melibatkan
orang-orang Nasara dalam keanggotaan lajnah politik di bawah
pemerhatian Ikhwanul Muslimin yang ditubuhkan pada l948M. Antara mereka
yang beragama Nasara yang menjadi anggota Ikhwanul ialah Wuheib Dus dan
Akhnukh Louis Akhnukh”. (Lihat: Tasawwur Ikhwanul Muslimin lil Qadiyah Palestin. Hlm. 23)
Hasan al-Banna telah membuat pengakuan: “Akan disatukan segala pemikiran, baik yang terdahulu atau yang terkini”. (Lihat: Muzakkirat ad-Dakwah wa Daiyah. Hlm. 353) Dalam hal ini Umar Tilmisani berkata: “Dan
dia telah menyampaikan keinginannya (Hasan al-Banna) untuk menyatukan
kalimah Muslimin yang mana dia melontarkan keinginannya di Muktamar
Menyatukan Firqah Islam (dengan firqah yang bukan Islam)”. (Lihat: al-Mulham al-Mauhub Hasan al-Banna. Hlm. 78. Tilmisani)
Dakwah Kepada Daulah (Khalifah)
Dakwah para nabi dan rasul mengutamakan tauhid (akidah) terlebih dahulu bukan daulah atau khalifah sebagaimana firman Allah: “Telah kami utus pada setiap umat seorang rasul, agar mereka menyembah Allah dan menjauhi taghut”. (an-Nahl, 16: 36)
Ketahuilah
bahawa Para utusan Rasulullah yang dihantar keluar seperti ke Yaman,
semua mereka diamanahkan supaya terlebih dahulu menyeru kepada tauhid
(akidah) dan tidak diberatkan supaya menyeru kepada pembentukan daulah.
Syeikhul Islam Imam Ibn Taimiyah rahimahullah berkata:
“Berkenaan
tokoh-tokoh ahli bid’ah yang memiliki kepelbagaian pendapat dan ibadah
yang menyalahi al-Quran dan as-Sunah, maka menjelaskan keadaan mereka
dan memperingatkan menusia dari kesesatan mereka adalah wajib, iaitu
berdasarkan kesepakatan kaum muslimin, sehingga dikatakan kepada Imam
Ahmad: seseorang berpuasa, solat dan iktikaf adakah lebih anda cintai
ataukah jika ia menerangkan keadaan ahli bid’ah? Beliau berkata: Jika ia
berpuasa, solat dan iktikaf maka itu untuk dirinya sendiri, sedangkan
apabila ia menerangkan keadaan ahli bid’ah maka ini adalah untuk
kebaikan kaum muslimin dan ini adalah lebih utama. Maka menerangkan
perkara ini agar berguna bagi kaum Muslimin dan agama mereka, ini
termasuk salah satu jihad di jalan Allah, sebab membersihkan jalan
Allah, agama, manhaj dan syariatNya serta menghalau kejahatan ahli
bid’ah. Dan bermusuhan dengan mereka adalah fardu kifiyah menurut
kesepakatan kaum muslimin. Dan apabila tidak ada orang yang Allah
bangkitkan untuk menolak bahaya ahli bid’ah, maka ini benar-benar akan
hancurlah agama ini dan kerosakannya jauh lebih besar daripada kerosakan
akibat penjajahan musuh dari kalangan orang-orang kafir yang mesti
diperangi. Sebab mereka ini jika berkuasa belum tentu mampu merusakan
hati manusia yang dijajahnya kecuali pada kesempatan berikutnya,
sedangkan ahli bid’ah ini jika mereka berkuasa akan merusakan hati
manusia terlebih dahulu”. (Lihat: Majmu’ Fatawa 28/231-233)
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: “Barangsiapa yang memuliakan ahli bid’ah, maka dia telah menolong untuk menghancurkan Islam”. (Hadis Marfu’. Ibn Asakir dalam Tarikh Damsyik. Terjemah al-Abbas bin Yusuf asy-Syakili. Hlm. 286)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar